Posted by: kkcudm | March 18, 2009

Program Derma Darah…Give Blood, Give Life!!

Asslamualaikum dan salam sejahtera!!..ok, kkc hanya nak paparkan mengenai banner kempen derma darah anjuran kolej kediaman c. reviewnya nanti kkc bagitahu kemudian ok..dengar ceritanya mendapat sambutan hangat!!..hehe..

So, korang tengiklah banner dulu yer..hhehe

Kempen derma darah

Kempen derma darah

Give blood, give life!!

Give blood, give life!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!..

Kkc nak mengucapkan kepada 3 orang wakil kolej kediaman C yang telah berjaya mengharumkan nama Fakulti Pengajian kontemporari Islam iaitu Saudara Izzuddin, ‘Aizat(YDP KKC) dan saudara Zulhelmi yang mengharumkan nama fakulti pengajian kontemporari islam dalam pertandingan debat NC kali ke-2!!!.Apa yang penting mereka-mereka ini adalah penduduk Kolej Kediaman C..TAHNIAH!!!!!! kerana mengharumkan nama fakulti dan kolej kediaman. Kkc tumpang gembira juga apabila saudara izzuddin dinobatkan selaku pendebat terbaik keseluruhan dan pendebat terbaik final dalam pertandingan debat NC bagi edisi kedua 2009!!..tahniah!!

Saudara Muhammad Izzuddin

Saudara Muhammad Izzuddin

Saudara Muhammad 'Aizat (YDP JPKP Kolej Kediaman C)

Saudara Muhammad 'Aizat (YDP JPKP Kolej Kediaman C)

Tahniah izzuddin, aizat dan zulhelmi serta duan(kolej kediaman A)

Tahniah izzuddin, aizat dan zulhelmi serta duan(kolej kediaman A)Bersama Prof.Dr.Mat Zakaria

Apa-apa pun kkc mengucapkan tahniah kepada semua atas kejayaan tersebut. Apa yang penting, kolej kediaman c sebenarnya mempunyai ramai pelapis pemimpin negara di masa akan datang. Selamat Maju Jaya dan terus mengaharumkan nama Kolej Kediaman C!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kkc ucapkan kepada semua!!..

Wokeh, kali ini kita buat review tentang program keagamaan juga anjuran JPKP Kolej Kediaman C iaitu Forum Bingkisan Mahasiswa sempena Maulidur Rasul yang mana forum ini disampaikan oleh 2 tokoh hebat iaitu:

  1. Dr. Basri bin Ibrahim (Pensyarah FKI UDM)
  2. Ustaz Badli Shah Bin Alaudin (Personaliti forum perdana, halaqah dan al-kuliyyah serta anak didik Dr. Basri sendiri!)

Tajuk forum adalah ‘KEPIMPINANAN RASULULLAH TAULADAN UNGGUL’. Program ini adalah program keagaam pertama yang dianjurkan oleh JPKP Kolej Kediaman C. Melalui ceramah yang telah disampaikan oleh 2 ahli panel forum, dapatlah disimpulkan dari 2 aspek iaitu dari dalaman dan luaran dalam menjadikan kepimpinan rasulullah sebagai tauladan unggul dan dilihat dari sudut mahasiswa secara khususnya.

Dr.Basri banyak memberikan pandangan dan idea serta teguran dan nasihat kepada mahasiswa kita apa yang perlu dalam diri seorang mahasiswa kita untuk menjadi seorang insan yang bergelar pemimpin hebat.

Manakala, Ustaz Badli Shah, lebih banyak menyentuh dan memberikan pandangan serta idea, teguran dan nasihat kepada mahasiswa kita apakah sebenarnya yang dimiliki oleh pemimpin melayu kita hari ini sehingga kita ketinggalan daripada kaum lain untuk kita perbaiki dan hayati bersama.

Sememangnya, kkc melihat i adalah satu forum hebat yang mengusik jiwa kita sebagai mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia untuk terus maju sebagai seorang pemimpin hebat untuk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara…dan….AGAMA!!

Moderator, Dr. Basri (tengah) dan Ustaz Badli Shah Dihujung sekali bersongkokdsc00621

Moderator, Dr. Basri (tengah) dan Ustaz Badli Shah Dihujung sekali bersongkok

Penuh mesra...

Penuh mesra...

JPKP Kolej Kediaman C bergambar kenagan bersama Ustaz Badli Shah..

JPKP Kolej Kediaman C bergambar kenagan bersama Ustaz Badli Shah..

Tahniah kepada JPKP Kolej Kediaman C atas penganjuran Forum yang hebat ini. Nanti buat lagi ye..hehe

Posted by: kkcudm | March 18, 2009

Konsert Amal Untukmu Palestin…Meriah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!…

Adeeeh, sibuk sangat kkc, hari ini lah baru kkc boleh kembali dengan ‘posting terbaru untuk ditatap oleh sekalian pengunjung blog kkc ini. Hmm, banyak sudah program yang telah berjalan dengan baik. Haa, yang ini kkc hendak ceritakan ni. hehe. So, kita mulakan dengan Program ‘Konsert Amal Untukmu Palestin‘…hehe.

Kkc dengar cerita meriah program ini. ada banyak persembahan. Antaranya:

  1. Nasyid..disampaikan oleh kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Pusat Seni dan Warisan UDM. Ada 3 kumpulan malam konsert tersebut. Antaranya: AL-KAUSAR, aL-FALAH DAN INTRACKSEE..
  2. Persembahan sajak oleh 2 orang penyajak. Satu daripada pelajar berbakat UDM dalam bidang sajak iaitu Saudari Siti Zulaikha daripada Diploma Usuluddin dan wakil dari Jabatan Veterina Hulu Terengganu.
  3. 2 Tayangan Multimedia.
  4. Haa..jangan lupa malam itu kita ada hos ala-ala konsert akademi fantasia gitu..siapa??..saudara izzuddin dan syahir..!!

Cik Nurul Mardiana wakil NSTP bertudung merah dan yang sebelahnya TYDP Kolej Kediaman C, saudari Sakinah

Cik Nurul Mardiana wakil NSTP bertudung merah dan yang sebelahnya TYDP Kolej Kediaman C, saudari Sakinah

Konsert ini juga dihadiri oleh tetamu undangan yang dijemput dari NSTP cawangan Terengganu iaitu Cik Nurul Mardiana. Orangnya comel tau..hehe. Cerita banyak pun tak best. tengoklah gambar ye…yehaaa!!!

YM Dr.Engku Zaki, Timb. Dekan FKI selaku perasmi majlisdsc_0019

YM Dr.Engku Zaki, Timb. Dekan FKI selaku perasmi majlis(gmbr atas) dan Saudara 'Aizat, YDP Kolej Kediaman C

Malam Kemuncak majlis, penyerahan tabung amal NSTP-UDM!!img_10191

Malam Kemuncak majlis, penyerahan tabung amal NSTP-UDM!!

Kumpulan Al-falah..insaf-insaf...

Nasyid pembuka majlis..mantoooop!

Nasyid pembuka majlis..mantoooop!

wajah-wajah gembira malam konsert!!

wajah-wajah gembira malam konsert!!

kkc dan JPKP Kolej Kediaman C ingin mengucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan dan menjayakan KONSERT AMAL UNTUKMU PALESTIN. Tanpa sokongan anda siapalah kami.

Kami semua yakin anda semua BERTINDAK ATAS NAMA KEMANUSIAAN.

SYABAS!!!!

Posted by: kkcudm | March 5, 2009

SEMBANG ONLINE BERSAMA KKC!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Haa, kkc nak bagitau nie…kepada semua, insyaAllah anda boleh bersembang secara online bersama kkc di blog ini. kat mana??..haaa..di tepi bahagian blog ini kan ada tulis ‘BILIK KKC‘..jadi, kalau ada keterangan tulis “kkc is online’ haa, adalah kkc kat blik kkc tue.

Ha, gunakan ruangan itu untuk bersembang dengan kkc..hehe..bolehlah bersembang..kalau kkc tak online pun, still boleh tinggalkan pesanan nanti kkc balas lah ye..kita boleh sembang-sembang mengenai apa-apa pun. Masalah kolej kediaman, isu semasa, lawak, nyanyian..boleh jeee…kkc layannnzzz..zas…hehee don worry ok! ;) …semua ini kkc buat untuk kebaikan anda dan kita bersama. hehe.

Jadi, jom online!!! bersaaaaaaaaaama siapa??…KKC!!!..CHECK IT OUT YAAA!!

~KEBAJIKAN MAHASISWA MATLAMAT BERSAMA~

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.