Posted by: kkcudm | March 18, 2009

Forum Bingkisan Mahasiswa Sempena Malulidur Rasul..Best!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kkc ucapkan kepada semua!!..

Wokeh, kali ini kita buat review tentang program keagamaan juga anjuran JPKP Kolej Kediaman C iaitu Forum Bingkisan Mahasiswa sempena Maulidur Rasul yang mana forum ini disampaikan oleh 2 tokoh hebat iaitu:

  1. Dr. Basri bin Ibrahim (Pensyarah FKI UDM)
  2. Ustaz Badli Shah Bin Alaudin (Personaliti forum perdana, halaqah dan al-kuliyyah serta anak didik Dr. Basri sendiri!)

Tajuk forum adalah ‘KEPIMPINANAN RASULULLAH TAULADAN UNGGUL’. Program ini adalah program keagaam pertama yang dianjurkan oleh JPKP Kolej Kediaman C. Melalui ceramah yang telah disampaikan oleh 2 ahli panel forum, dapatlah disimpulkan dari 2 aspek iaitu dari dalaman dan luaran dalam menjadikan kepimpinan rasulullah sebagai tauladan unggul dan dilihat dari sudut mahasiswa secara khususnya.

Dr.Basri banyak memberikan pandangan dan idea serta teguran dan nasihat kepada mahasiswa kita apa yang perlu dalam diri seorang mahasiswa kita untuk menjadi seorang insan yang bergelar pemimpin hebat.

Manakala, Ustaz Badli Shah, lebih banyak menyentuh dan memberikan pandangan serta idea, teguran dan nasihat kepada mahasiswa kita apakah sebenarnya yang dimiliki oleh pemimpin melayu kita hari ini sehingga kita ketinggalan daripada kaum lain untuk kita perbaiki dan hayati bersama.

Sememangnya, kkc melihat i adalah satu forum hebat yang mengusik jiwa kita sebagai mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia untuk terus maju sebagai seorang pemimpin hebat untuk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara…dan….AGAMA!!

Moderator, Dr. Basri (tengah) dan Ustaz Badli Shah Dihujung sekali bersongkokdsc00621

Moderator, Dr. Basri (tengah) dan Ustaz Badli Shah Dihujung sekali bersongkok

Penuh mesra...

Penuh mesra...

JPKP Kolej Kediaman C bergambar kenagan bersama Ustaz Badli Shah..

JPKP Kolej Kediaman C bergambar kenagan bersama Ustaz Badli Shah..

Tahniah kepada JPKP Kolej Kediaman C atas penganjuran Forum yang hebat ini. Nanti buat lagi ye..hehe

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.