Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!…
Adeeeh, sibuk sangat kkc, hari ini lah baru kkc boleh kembali dengan ‘posting terbaru untuk ditatap oleh sekalian pengunjung blog kkc ini. Hmm, banyak sudah program yang telah berjalan dengan baik. Haa, yang ini kkc hendak ceritakan ni. hehe. So, kita mulakan dengan Program ‘Konsert Amal Untukmu Palestin‘…hehe.
Kkc dengar cerita meriah program ini. ada banyak persembahan. Antaranya:
- Nasyid..disampaikan oleh kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Pusat Seni dan Warisan UDM. Ada 3 kumpulan malam konsert tersebut. Antaranya: AL-KAUSAR, aL-FALAH DAN INTRACKSEE..
- Persembahan sajak oleh 2 orang penyajak. Satu daripada pelajar berbakat UDM dalam bidang sajak iaitu Saudari Siti Zulaikha daripada Diploma Usuluddin dan wakil dari Jabatan Veterina Hulu Terengganu.
- 2 Tayangan Multimedia.
- Haa..jangan lupa malam itu kita ada hos ala-ala konsert akademi fantasia gitu..siapa??..saudara izzuddin dan syahir..!!

Cik Nurul Mardiana wakil NSTP bertudung merah dan yang sebelahnya TYDP Kolej Kediaman C, saudari Sakinah
Konsert ini juga dihadiri oleh tetamu undangan yang dijemput dari NSTP cawangan Terengganu iaitu Cik Nurul Mardiana. Orangnya comel tau..hehe. Cerita banyak pun tak best. tengoklah gambar ye…yehaaa!!!


YM Dr.Engku Zaki, Timb. Dekan FKI selaku perasmi majlis(gmbr atas) dan Saudara 'Aizat, YDP Kolej Kediaman C


Malam Kemuncak majlis, penyerahan tabung amal NSTP-UDM!!

Nasyid pembuka majlis..mantoooop!

wajah-wajah gembira malam konsert!!
kkc dan JPKP Kolej Kediaman C ingin mengucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan dan menjayakan KONSERT AMAL UNTUKMU PALESTIN. Tanpa sokongan anda siapalah kami.
Kami semua yakin anda semua BERTINDAK ATAS NAMA KEMANUSIAAN.
SYABAS!!!!
KOMEN TERBARU DI KKC